Tampilkan postingan dengan label kalimah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kalimah. Tampilkan semua postingan
Rabu, 01 Januari 2014
Mahkamah Keputusan Kalimah ALLAH Esok

Esok, merupakan satu tarikh penting buat umat Islam yang mengambil berat berkenaan isu penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak gereja di negara ini.
Hal ini kerana Mahkamah Rayuan akan memperdengarkan keputusan sama ada akhbar mingguan gereja, Herald dibenarkan untuk menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan berkenaan atau pun tidak.

harundin
Permit Herald yang diluluskan pada Kementerian Dalam Negeri pada Januari 2008 sebelum ini, memberikan syarat agar penerbitan berkenaan dilarang daripada menggunakan kalimah ALLAH untuk melindungi keselamatan nasional dan mengelak salah faham dan kekeliruan di kalangan umat Islam; selain Herald mesti meletakkan perkataan ‘Terhad’ di muka depan agar jelas ia hanya diedarkan kepada penganut Kristian.
Bagaimanapun arahan KDN itu ditarik balik selepas penerbit Herald yang juga ketua Paderi Roman Katolik, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan permohonan menggunakan kalimah ALLAH atas alasan ia tidak eksklusif untuk umat Islam dan diluluskan Hakim Mahkamah Tinggi, Lau Bee Lan pada 31 Disember 2009.
Namun berikutan polemik yang timbul susulan keputusan tersebut serta pergolakan sensitiviti dalam kalangan umat Islam negara ini yang rata-rata berasa tersinggung, kerajaan memfailkan rayuan untuk menghalang penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak gereja dan keputusan inilah yang bakal didengar esok.
Justeru, rakyat Malaysia yang beragama Islam, sayangkan kalimah tauhid ini dan tidak rela ia disalahgunakan oleh penganut agama lain disaran untuk turun beramai-ramai ke perkarangan Mahkamah Rayuan, Putrajaya esok (22 Ogos 2013) bermula jam 8.00 pagi bagi menyatakan sokongan anda. - REM RAMZI
Tukang Masak Gagal Ucap Kalimah Syahadah
Tukang Masak Gagal Ucap Kalimah Syahadah - KUANTAN : Rahsia seorang tukang masak dan pembuat minuman bukan Islam yang ‘berselindung’ di sebalik kopiah akhirnya terbongkar selepas mereka gagal mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Pegawai Pemeriksa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip).
Tukang masak yang mengaku Islam itu bekerja di sebuah restoran di Jalan Besar, Tanah Rata, Cameron Highlands yang menghidangkan pelbagai makanan antarabangsa, semalam.
Ketua Unit Pengurusan Halal, Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, dua tukang masak itu mengaku beragama Islam walau pun nama yang tertera di dalam dokumen pengenalan diri tidak langsung menggambarkan mereka Islam.
“Walau pun mereka memakai kopiah tetapi tetap mengundang rasa curiga pasukan pemeriksa. Telahan tersebut ternyata berasas apabila kedua pekerja tidak mampu mengucap dua kalimah syahadah dan gagal membaca surah al-Fatihah,” katanya selepas
membuat pemeriksaan di restoran itu, semalam.
membuat pemeriksaan di restoran itu, semalam.
Katanya, lebih mengecewakan, restoran berkenaan menggunakan tulisan halal dan kalimah Bismilah pada papan tanda di luar restoran.
“Mereka mempamerkan tulisan halal sedangkan ada pengendali makanan bukan beragama Islam. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana boleh mengelirukan,” katanya.
Noridzuan berkata, restoran itu diperiksa Jawatankuasa Kajian Makanan dan Barang Gunaan Cameron Higlands berdasarkan aduan awam yang mencurigai status halal restoran itu.
Menurutnya, restoran yang baru memulakan operasi beberapa bulan lalu itu menarik pelanggan dengan pelbagai jenis hidangan Melayu, barat dan makanan arab.
Bagaimanapun, katanya, Jaip mengambil langkah tegas dengan memberi notis amaran kepada pemilik restoran kerana kesalahan kerana menggunakan pernyataan Halal dan Kalimah Bismilah yang disiasat berdasarkan Akta Perihal Dagangan 2011.
“Pemilik restoran bakal berdepan dengan tindakan undang-undang jika sabit kesalahan dan ternyata tidak peka dengan sensitiviti umat Islam,” katanya.
Lawatan disertai 10 Pegawai dari Jaip, Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highlands, Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Daerah Raub. – Sinar Harian
Langganan:
Postingan (Atom)