Kamis, 13 Maret 2014
Ambiga SPR perlu jawatan kerana persempadanan semula dijalankan hujung tahun ini
       Oleh Wartawan The Malaysian Insider       June 22, 2013    
 
 Datuk  Ambiga Sreenevasan menggesa kepimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan  Raya (SPR) meletakkan jawatan secara serta merta kerana persempadanan  semula akan dijalankan hujung tahun ini.
Menurut Ambiga, dalam masa dua-tiga bulan ini jika kepimpinan SPR  masih sama, tidak akan berlaku pembersihan dalam daftar pemilih.
“Ia tidak boleh diteruskan tanpa pembersihan daftar pemilih,” kata  pengerusi bersama Bersih 2.0 itu merujuk kepada proses persempadanan  semula.
“Mereka bertanggungjawab terhadap daftar pemilih yang tidak bersih,  mereka bertanggungjawab dalam dakwat kekal dan mereka bertanggungjawab  dalam PRU yang paling kotor dalam sejarah,” tambahnya.
Bersih 2.0 telah menganjurkan tiga perhimpunan untuk menuntut reformasi pilihan raya semenjak 2007.
Ketiga-tiga perhimpunan Bersih sebelum ini kesemuanya berakhir dengan keganasan polis.
Bersih juga sebelum ini juga mengumumkan akan mengadakan Tribunal  Rakyat untuk menyiasat dakwaan kecurangan dan penipuan dalam Pilihan  Raya 2013 pada 5 Mei lalu. - 22 Jun, 2013.
Related Posts : ambiga,
dijalankan,
hujung,
ini,
jawatan,
kerana,
perlu,
persempadanan,
semula,
spr,
tahun
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar