Sabtu, 15 Maret 2014
Pakatan Pulau Pinang tabur kebajikan BN semarak sentimen kaum agama
BN  telah menimbulkan perasaan benci dan permusuhan di kalangan rakyat  Pulau Pinang dengan permainan politik perkauman ekstremis yang  menyemarakkan sentimen perkauman dan agama.
BN menuduh PR anti-Islam walaupun peruntukan hal ehwal Islam ditambah  berlipat ganda berbanding dengan kerajaan dahulu dan juga bahawa PR  anti-bukan Islam bila hanya di bawah kuasa BN, kuil Hindu atau tokong  Cina dirobohkan.
Kini disusuli dengan fitnah terhadap dasar kerajaan negeri dan juga  serangan peribadi ke atas pemimpin PR dan juga ahli keluarga mereka.
Terbaru muncul pula serangan peribadi Pengerusi BN Pulau Pinang Teng  Chang Yeow terhadap Ketua Menteri, Ahli-ahli EXCO Chow Kon Yeow, Wong  Hon Wai, Phee Boon Poh, Danny Law dan Setiausaha Politik Ketua Menteri  Ng Wei Aik dituduh mempunyai kepentingan peribadi kerana mempertahankan  keputusan kerajaan negeri membina hospital di Jalan Zainal Abidin.
Kita mencabar Teng menunjukkan bukti dan beliau tidak boleh bertindak  macam budak-budak yang baling batu sembunyi tangan,
Fitnah sebegini adalah satu perbuatan jahat,tidak bertanggungjawab  dan tidak bermoral kerana pemimpin PR tidak ada kepentingan peribadi  dalam hospital tersebut dan meluluskannya semata-mata mahu mengembangkan  industri pelancongan perubatan di Pulau Pinang.
Dalam isu ini Teng juga membuat fitnah lain bahawa:-
- Lesen hospital swasta penuh telah diluluskan kepada pemohon di  Jalan Zainal Abidin sebenarnya hanya surat tanpa halangan diterima pada  12.7.2012 dan bukanlah lesen.
- Bangunan 30 tingkat diluluskan sebaliknya Majlis Perbandaran Pulau  Pinang (MPPP) tidak pernah meluluskannya
- Kerajaan BN memperuntukkan tapak Jalan Zainal Abidin seluas 0.4  hektar untuk perumahan padahal tidak ada suatu pengumuman dalam  suratkhabar oleh kerajaan BN sebelum ini. Sebaliknya kerajaan PR  memperuntukkan tanah lebih luas sebanyak 4.2 hektar di Jalan S.P.  Chelliah iaitu hampir 10 kali ganda lebih besar untuk perumahan mampu  milik.
Sebelum ini Teng membuat fitnah bahawa kerajaan negeri akan membantah  pengswastaan Pelabuhan Pulau Pinang tetapi projek masih ingin  diteruskan.
Teng juga berjanji lesen penjaja dimansuhkan tetapi hakikatnya BN tak  pernah kurangkan satu sen semasa berkuasa berbanding dengan pengurangan  50% lesen penjaja di bawah PR.
Malah pemansuhan lesen penjaja tidak pun dilaksanakan baik dalam  negeri di bawah pemerintahan BN mahupun oleh kerajaan persekutuan.  Mengapa pula Teng  tidak pula mencadangkan cukai individu dihapuskan  sama sekali.
Yang lebih memalukan adalah kenyataan bahawa kerajaan negeri boleh  membatalkan projek bukit yang diluluskan kerajaan negeri dan beliau  bersedia melihat Pulau Pinang jadi bankrap semata-mata untuk memelihara  bukit dan alam sekitar.
Sehingga kini Teng bersikap mengelak,membisu dan enggan menjawab  skendal keuntungan besar 2 pemimpin tertinggi UMNO  Pulau Pinang  sebanyak RM5 juta tinjauan penjualan 10 ekar tanah milikan 31 tuanpunya  Melayu di Kampung Terang, Balik Pulau.
Biasanya komisen tanah broker adalah 2% tetapi telah jadi 57% dalam  kes ini.
Keuntungan RM 5 juta dalam 3 bulan setengah mempertikaikan  kesungguhan BN membela rakyat bila pemimpin UMNO lebih berminat untung  besar atas jadi broker penjualan tanah orang kampung Melayu.
*** Kenyataan Akhbar Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Dato  Mansor Othman Di Komtar, George Town Pada 7.8.2012.
Short URL:  http://www.keadilandaily.com/?
Related Posts : agama,
bn,
kaum,
kebajikan,
pakatan,
pinang,
pulau,
semarak,
sentimen,
tabur
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar