Tampilkan postingan dengan label duit. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label duit. Tampilkan semua postingan
Rabu, 01 Januari 2014
Tak Ada Duit Untuk Berubat Lelaki Kelar Leher Sendiri
Kemiskinan boleh menjadi sebab kematian tragis. Itulah yang terjadi pada seorang warga Pekanbaru yang memilih menggorok leher sendiri kerana sakit yang tidak tertanggung, tetapi tak punya biaya berubat. Tragis!
Kerana mengalami depresi, biaya untuk berubat sangat mahal dan sakitnya tak kunjung sembuh, Wasis Ramadhan (23), dari Kelurahan Tanjung Rhu Kecamatan Lima Puluh memilih jalan terakhir dengan bunuh diri. Korban mengkelar lehernya dengan pisau dapur dan menyayat perutnya.
Dari informasi yang berhasil dirangkum, sebelumnya, Wasis berubat di Rumah Sakit Santa Maria kerana menderita sakit pada perutnya. Namun, kerana biaya pengubatan mahal, Wasis tidak boleh mendapatkan perawatan medis dari pihak Rumah Sakit. Hal itu membuat keluarga miskin ini putus harapan
Sesampainya dirumah pihak keluarga berkumpul diruang tamu untuk membicarakan langkah yang akan ditempuh untuk pengubatan Wasis. Sedangkan korban yang masih tidak berdaya menahan rasa sakitnya langsung menuju ke dapur.
Saryono ayah mangsa heran ketika anaknya menuju dapur. Setelah melihat kebelakang ternyata Saryono menemukan anaknya Wasis Ramadhan dalam keadaan leher terkelar perut disayat sebanyak 2 sayatan. Korban malang tersebut tak tertolong lagi ketika keluarganya langsung dikejarkan ke RSUD Arifin Achmad.
Sementara itu, polis Lima Puluh, Kompol Defrianto SIK mengesahkan melalui Kanit Reskrim Iptu Herman Pelani SH membenarkan kejadian tersebut. "Kita mendapatkan informasi bahawa korban depresi. Korban mengakhiri hidupnya dengan mengkelar leher dan menyayat perutnya," kata Herman Pelani. ***(gem)A
Kamis, 19 Desember 2013
Kanada Miliki Mesin Duit Maya Pertama Di Dunia

VANCOUVER – Tiga orang usahawan muda di Kanada telah menghasilkan mesin automatik untuk menukarkan sebarang wang kertas dengan duit yang boleh digunakan untuk traksaksi di internet.
Mesin itu yang dikenali sebagai Bitcoin adalah yang pertama di dunia.
Ia digunakan kelmarin yang kemudian dihantar ke Vancouver di barat Kanada oleh sebuah syarikat pengeluar mesin tersebut di Amerika Syarikat (AS), Robocoin.
Mesin itu diletakkan di dinding sebuah kedai kopi popular dan menyerupai sebuah Mesin Teler Automatik (ATM).
Bagaimanapun, selain mampu melakukan urus niaga tunai, ia juga mampu menukarkan mata wang Kanada dengan duit maya yang digunakan dalam dunia internet.
Duit itu mula dicipta pada tahun 2008 oleh seorang saintis komputer yang hanya dikenali dengan nama samaran Satoshi Nakamoto.
Beberapa orang pelanggan mula beratur panjang kelmarin untuk menggunakan mesin ATM itu dan kemudian menggunakan telefon pintar mereka untuk membeli air kopi dan mufin di kedai kopi Waves.
“Mesin ATM ini adalah yang pertama di dunia,” kata pengasasnya, Mitchel Demeter.
Demeter merupakan seorang usahawan tempatan yang memulakan perdagangan mata wang elektronik beberapa tahun lalu.
Dia dan rakan-rakannya yang pernah belajar bersama berkata, mereka melihat mesin ATM sebagai sebuah peluang perniagaan.
“Tiada orang memiliki mesin ATM. Semua orang hanya melakukan pembelian dan penjualan di dalam laman web sahaja,” kata Demeter.
Para pelanggan akan menggunakan nombor pengenalan peribadi untuk mengakses akaun mereka di mesin duit maya itu.
Pelanggan-pelanggan itu akan memasukkan wang kertas ke dalam mesin tersebut yang akan menukarkannya ke dalam bentuk mata wang maya yang akan dimasukkan ke dalam telefon bimbit menerusi kaedah pengimbas.
Para pengguna kemudian akan membelanjakan duit maya itu dengan menggunakan telefon bimbit iaitu cara yang sama kad kredit digunakan. – AFP
Langganan:
Postingan (Atom)