Senin, 30 Desember 2013
Antivirus percuma yang perlu diawasi 2012
Miliki antivirus percuma jika anda ingin berjimat.Ada 4 jenama terbaik yang perlu diawasi pada tahun ini.
Tidak dinafikan,ada pengguna komputer yang keberatan untuk membeli antivirus berbayar.Antara alasan yang diberikan termasuk tiada bajet atau ingin berjimat.
Jadi,mereka lebih suka memilih antivirus percuma yang ada dipasaran.Kalau anda seperti mereka,berikut adalah 4 antivirus percuma yang perlu diawasi pada tahun ini.4 antivirus percuma terbaik di pasaran.
1 - AVAST ! FREE ANTIVIRUS 6.0
Menjadi pilihan utama kerana kadar pengesanannya tinggi dan kini berada dalam kelompok terbaik.Dilengkapi ciri imbasan masa nyata untuk web,e-mel,IM,serta P2P,perisai rangkaian,imbasan "boot-time",dan penyekat gelagat.
Ciri tambahannya termasuk plugin status tapak web,pelindung malware skrip,dan ciri sandbox.Cuma,ketetapan untuk ciri sandbox perlu interaksi pengguna.Ini mungkin boleh mengelirukan pengguna biasa.Tetapi ketetapannya boleh ditukar supaya berfungsi secara automatik,avast!juga kurang mengunakan sumber sistem.
Pembangun : AVAST Software
Tapak Web : http://www.avast.com/free-antivirus-download
Sistem Operasi (OS) : Windows 2000,XP,Vista 2008,& 7
Lesen : Percuma / Ada Iklan
Saiz : 61.2MB
Penilaian :5 Bintang
DOWNLOAD
AVAST!FREE ANTIVIRUS 6.0
2 - AVIRA ANTIVIRUS PERSONAL EDITION 12.0
Berkualiti tinggi kerana kadar pengesanan yang cemerlang.Malah dikatakan lebih tinggi daripada antivirus lain.Anti virus percuma ini masih menjadi pilihan ramai,khususnya dikalangan pengguna yang berisiko tinggi.Versi percuma ini tiada ciri imbasan web dan e-mel seperti versi berbayar.
Jadi,anda tidak diberikan amaran jika menerima e-mel yang dijangkiti malware.Kecuali jika e-mel yang dijangkiti itu telah dibuka dan baru antivirus ini akan bertindak.Iklan yang disertakan juga sering mengganggu setiap kali antivirus ini dikemas kini.
Pembangun : Avira GmbH
Tapak Web : http://www.avira.com/en/avira-free-antivirus
Sistem Operasi (OS) : Windows 2000,xp,Vista 2008,& 7
Lesen : Percuma/Ada Iklan
Saiz : 79.6 MB
Penilaian : 4.5 Bintang
DOWNLOAD
AVIRA ANTIVIRUS PERSONAL EDITION 12.0
3 - PANDA CLOUD ANTIVIRUS 1.5
Satu pilihan bagus kerana senang digunakan dengan ciri kemas kini dan pembuangan malware secara automatik.Kadar pengesanan tinggi dan cloud digunakan kemas kini lebih pantas.Jika senarai hitamnya dikemas kini,semua pengguna yang ada internet akan dilindungi.
Ciri penyekat gelagat dan pelindungnya dapat meningkatkan tahap keselamatan.Cuma kadangkala tersilap mengesan aplikasi tertentu sebagai malware.Ciri kuarantin secara automatik pula sedikit,mengganggu.Antivirus ini mengunakan gabungan khidmat web dan program berasingan.
Pembangun : Panda Security
Tapak Web : http://www.cloudantivirus.com/
Sistem (OS) : Windows 2000,XP,Vista 2008 & 7
Lesen : Percuma / Ada Iklan
Saiz : 709 KB
Penilaian : 4.5 Bintang
DOWNLOAD
PANDA CLOUD ANTIVIRUS 1.5
4 - MICROSOFT SECURITY ESSENTIAL 2.1
Kadar pengesanan hebat,Khasnya yang melibatkan rootkit.Kesilapan pula sedikit,kurang menggunakan sumber sistem dan penyingkiran malware yang dikenali juga bagus.Digemari,kerana tidak melibatkan banyak interaksi pengguna.Kemas kini serta pembuangan ancaman secara automatik.
Pendaftaran juga tidak diperlukan dan tiada gangguan iklan seperti antivirus percuma lain.Cuma,Prestasi imbasannya sedikit perlahan dan perlukan banyak masa untuk proses kuarantin.Namun,antivirus ini perlukan salinan Windows yang tulen untuk memasangnya.
Pembangun : Microsoft
Tapak Web : http://www.microsoft.com/security_Essentials/
Sistem Operasi ( OS) : Windows XP,Vista 2008 & 7
Lesen : Percuma /Tiada Iklan
Saiz : 7.7 MB
Penilaian : 4 Bintang
DOWNLOAD
MICROSOFT SECURITY ESSENTIAL 2.1
Sumber rujukan / Majalah PC #181 Jan 2012
Related Posts : 2012,
antivirus,
diawasi,
percuma,
perlu,
yang
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar