Rabu, 25 Desember 2013
Utusan perlu berubah fikir masa depan
|
Utusan Malaysia perlu berubah jika mahu terus kekal relevan dengan suasana politik dan pasaran semasa, kata mantan ketua pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang.
Menurutnya, Utusan pernah dikenali sebagai akhbar yang "meniup semangat kemerdekaan tetapi zaman kini telah berubah".
Menurutnya, pendirian editorial Utusan yang membawakan agenda pro-Melayu tidak cocok dengan demografi Sabah dan Sarawak.
Liputan akhbar itu terhadap kenyataan-kenyataan NGO pendesak Melayu, PERKASA yang menyinggung sensitiviti rakyat di Sabah Sarawak dan menjejaskan sokongan rakyat negeri itu terhadap Umno dan Barisan Nasional, katanya.
"Utusan gemar mainkan kalau ada Ibrahim Ali (dan sentimen) anti-Kristian dan sebagainya tanpa mengambil kira sentimen orang Kristian di Sabah Sarawak.
"Majoritinya masih lagi tugu kuat kepada Barisan Nasional - yang menyokong Umno dan Barisan Nasional," katanya.
"Akhbar seperti Utusan yang mirip kepada agenda Melayu - orang di Sabah Sarawak tidak begitu dapat menjiwai akhbar ini," katanya.
Akhbar itu juga menurutnya, dilihat tidak begitu lunak terhadap ahli-ahli politik pembangkang dalam pemberitaannya.
"Pada saya Utusan mempunyai toleransi yang agak rendah terhadap parti-parti pembangkang
"Ahli-ahli politik pembangkang, kita tak perlulah sebut nama mereka, dikritik hebat oleh Utusan," katanya sewaktu bercakap di forum Utusan: Kewartawanan Dahulu dan Kini di Dewan Bahasa dan Pustaka semalam.
Pendirian itu, dakwanya turut menjadikan Utusan bukan pilihan utama pengiklan yang kebanyakannya mempunyai eksekutif pengiklanan bukan Melayu.
Krisis kredibiliti

selengkapnya
Related Posts : berubah,
depan,
fikir,
masa,
perlu,
utusan
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar