Sabtu, 28 Desember 2013
Politeknik tersilap larang pelajar kempen PRU13
| 
 | 
Jabatan  Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi telah menarik balik  surat yang dihantar kepada 32 politeknik di seluruh negara yang melarang  pelajarnya berkempen dalam pilihan raya umum akan datang.
Seorang  pegawai kanan jabatan berkenaan mengakui kesilapan pihaknya kerana  tidak menyedari tentang pindaan terhadap seksyen 10(1) subseksyen 2(c),  Akta 174 tahun 2012 yang kini membenarkan pelajar berpolitik tetapi  melarang berkempen dalam kampus.
"Betul, surat itu diedarkan  tetapi menggunakan (peruntukan) akta yang lama. Ia memang silap saya.  Saya tidak alert (menyedari) dengan perubahan itu. Surat baru, sudah  edar pagi tadi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. 
Surat tersebut tersebar secara meluas di laman sosial facebook dan mmengundang kritikan warga internet. 
Pegawai  yang namanya enggan disiarkan menjelaskan bahawa arahan terbaru telah  dikeluarkan hari ini, yang membenarkan pelajar berpolitik tetapi tidak  boleh terlibat dalam ativiti parti politik dalam kampus. 
Dalam  surat terbaru itu, semua pengarah politeknik diarahkan supaya memantau  aktiviti pelajar mereka di dalam kampus agar tidak berlaku  perkara-perkara yang melanggar Akta 174 itu.
Mereka juga diminta  supaya memastikan supaya logo atau bendera politeknik dan kementerian  tidak digunakan dalam sebarang aktiviti kempen oleh pelajar di luar  kampus. 
Related Posts : kempen,
larang,
pelajar,
politeknik,
pru13,
tersilap
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar