Tampilkan postingan dengan label pelajar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pelajar. Tampilkan semua postingan
Rabu, 26 Februari 2014
Guru wanita didakwa adakan hubungan seks dengan pelajar lelakinya berusia 15 tahun
![]() |
| Gambar hiasan |
SINGAPURA: Seorang bekas guru wanita sekolah menengah yang didakwa melakukan hubungan seks dengan pelajarnya yang berusia 15 tahun telah kembali ke mahkamah semalan tetapi perbicaraan kesnya telah ditangguhkan.
Guru wanita dalam lingkungan awal 30an itu didakwa melakukan perbuatan tersebut ke atas pelajarnya pada awal Januari yang lalu.
Berpakaian hitam, dengan ketinggian 1.6m, berambut pendek dan kurus, guru berkenaan ditemani oleh suaminya dan seorang wanita yang tidak dikenali.
Semalam, Penolong Pendakwa Raya, Sharmila Sripathy-Shanaz memohon penangguhan selama empat minggu kepada mahkamah. Beliau berkata, siasatan secara keseluruhannya telah pun selesai hanya menantikan laporan dari psychiatric guru tersebut sahaja.
Penangguhan itu juga membolehkan dakwaan tambahan dikenakan jika ada.
Peguam guru berkenaan, Mr Dennis Tan tidak membantah permohonan berkenaan.
Untuk rekod, mengikut Kanun Keseksaan yang dipinda pada tahun 2008, menyatakan adalah menjadi kesalahan seorang wanita melakukan hubungan seks dengan individu berusia 16 tahun ke bawah.
Pada tahun 2009, seorang guru telah menjadi wanita pertama dipenjara 10 tahun kerana melakukan hubungan seks dengan pelajarnya yang berusia 15 tahun.
Sabtu, 28 Desember 2013
Politeknik tersilap larang pelajar kempen PRU13
|
Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi telah menarik balik surat yang dihantar kepada 32 politeknik di seluruh negara yang melarang pelajarnya berkempen dalam pilihan raya umum akan datang.
Seorang pegawai kanan jabatan berkenaan mengakui kesilapan pihaknya kerana tidak menyedari tentang pindaan terhadap seksyen 10(1) subseksyen 2(c), Akta 174 tahun 2012 yang kini membenarkan pelajar berpolitik tetapi melarang berkempen dalam kampus.
"Betul, surat itu diedarkan tetapi menggunakan (peruntukan) akta yang lama. Ia memang silap saya. Saya tidak alert (menyedari) dengan perubahan itu. Surat baru, sudah edar pagi tadi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Surat tersebut tersebar secara meluas di laman sosial facebook dan mmengundang kritikan warga internet.
Pegawai yang namanya enggan disiarkan menjelaskan bahawa arahan terbaru telah dikeluarkan hari ini, yang membenarkan pelajar berpolitik tetapi tidak boleh terlibat dalam ativiti parti politik dalam kampus.
Dalam surat terbaru itu, semua pengarah politeknik diarahkan supaya memantau aktiviti pelajar mereka di dalam kampus agar tidak berlaku perkara-perkara yang melanggar Akta 174 itu.
Mereka juga diminta supaya memastikan supaya logo atau bendera politeknik dan kementerian tidak digunakan dalam sebarang aktiviti kempen oleh pelajar di luar kampus.
Langganan:
Postingan (Atom)
