Rabu, 01 Januari 2014
SPRM siasat kes dalam laporan audit
Malaysiakini Okt 7 2013
Pengarah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Mustafar Ali berkata sebanyak 15 kertas siasatan dibuka bagi meneliti kes yang ditimbulkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2012.
Mustafar dalam satu laporan Utusan Malaysia berkata, SPRM membentuk pasukan khas dengan Jabatan Audit Negara bagi menyiasat kes berkenaan.
“Adalah tugas dan tanggungjawab SPRM untuk menyiasat kes berunsur rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan termasuk yang diketengahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.
“SPRM memberi perhatian terhadap isu yang tertakluk bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
“Justeru, sekiranya ada unsur rasuah, salah guna kuasa dan pelanggaran Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Arahan Perbendaharaan, SPRM akan mengambil tindakan tegas termasuk mengesyor tindakan disiplin kepada agensi terbabit,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Tambahnya, SPRM mengemukakan dua kes ke mahkamah ekoran kes yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.
Susulan itu, seramai lima orang pegawai kerajaan juga dikenakan tindakan tatatertib, katanya lagi.
“Pada masa yang sama, hasil tindakan bersama SPRM dengan lain-lain agensi kerajaan, tindakan penambahbaikan sistem dan prosedur serta tatacara kerja bagi mengurangkan risiko, ruang dan peluang gejala rasuah juga telah diambil,” katanya.

Related Posts : audit,
dalam,
kes,
laporan,
siasat,
sprm
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar